fbpx

Lagi sembilan tan kelapa gagal diseludup ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori dipandu suspek yang ditahan di sekat pintas di Pos Nibong, Tumpat semalam semasa cuba menyeludup sembilan tan kelapa ke Thailand. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) sekali lagi menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak lebih sembilan tan kelapa ke Thailand selepas menahan sebuah lori yang melalui sekat pintas di Pos Nibong di sini semalam.

Pemandu lori berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.15 petang dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghantar buah tersebut ke sempadan sebelum ia diseludup ke negara jiran.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Halim berkata, pemeriksaan terhadap sebuah lori jenis Hino itu kemudian menjumpai lebih 9,000 kg kelapa.

Menurutnya, siasatan mendapati, pemandu lori itu dipercayai berperanan sebagai penghantar gagal mengemukakan dokumen yang sah berkait muatan kelapa yang dibawanya.

“Nilai rampasan termasuk lori dan kelapa yang dirampas dianggarkan bernilai RM45,000.

“Suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Peraturan 4(2)(b) Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973.

Tambahnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara.

Kosmo! Online semalam melaporkan, hajat seorang pemandu treler untuk menyeludup sebanyak 41 tan ke Thailand tidak kesampaian apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya Neting, Pengkalan Kubor di sini kelmarin.

Lelaki berusia 33 tahun itu dicekup oleh sepasukan anggota PGA pada pukul 10.15 malam semasa menjalankan Ops Taring Wawasan Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI