fbpx

Jawab sambil lewa, Anne Hathaway mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNE HATHAWAY

AKTRES Anne Hathaway memohon maaf daripada seorang wartawan kerana memberikan pengalaman temu bual yang ‘mengerikan’ 12 tahun lalu.

Kata wartawan asal Norway, Kjersti Flaa, Hathaway telah menghubunginya menerusi e-mel dan menjelaskan punca kejadian itu berlaku.

“Sejujurnya saya sangat terkejut dan tidak menyangka dia akan menghubungi saya.

“Dia menghantar e-mel yang panjang menjelaskan kepada saya apa yang dia alami ketika melakukan temu bual itu.

“Dia juga menjemput saya untuk mengadakan sesi temu bual baharu pada Mei hadapan,” kata Flaa.

Flaa sebelum ini berkongsi video temu bual dengan Hathaway sempena mempromosikan filem Les Misérables pada 2012.

Dalam temu bual itu, Hathaway dilihat menjawab soalan secara sambil lewa dan kelihatan seperti tidak berminat untuk diwawancara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI