fbpx

Hutang kerajaan meningkat RM92.9 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 berjumlah RM1.173 trilion meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024, Hutang Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion.

Jumlah itu merangkumi 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan sementara Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus.

“Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion (8.8 peratus), manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion (1.1 peratus).

“Hutang Persekutuan adalah hutang yang dibuat secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk hutang agensi atau syarikat Kerajaan,” kata laporan berkenaan.

LKAN 3/2024 menyatakan, Hutang Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri, Pinjaman Luar Negeri dan Bantuan Luar Negeri.

Jelas laporan itu, Hutang Persekutuan yang berjumlah RM775.657 bilion (66.1 peratus) akan matang dalam tempoh satu hingga 10 tahun.

Sebanyak RM271.819 bilion (23.2 peratus) akan matang dalam tempoh 11 hingga 20 tahun dan RM125.034 bilion (10.7 peratus) akan matang dalam tempoh 21 hingga 30 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI