fbpx

Harimau Malaya rebah di bumi New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK negara, Arif Aiman Hanapi diasak pemain New Zealand, Matthew Garbett pada aksi persahabatan di Stadium North Harbour, sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – New Zealand nyata memiliki kualiti lebih baik untuk mengesahkan kemenangan selesa 4-0 ke atas Harimau Malaya pada aksi persahabatan di Stadium North Harbour, sebentar tadi.

Keputusan itu juga menafikan hasrat Harimau Malaya untuk cipta kejutan sekaligus bakal beri kesan kepada pungutan mata pasukan dalam senarai ranking dunia.

Seperti dijangka, New Zealand tampil sebagai pasukan lebih baik apabila mendominasi majoriti permainan di babak pertama hingga mencetuskan deretan peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan.

Walaupun kekal melawan, agak sukar untuk Harimau Malaya mengawal bola dengan lebih lama manakala tuan rumah makin selesa untuk bertukar-tukar hantaran sekaligus aksi 45 minit pertama lebih tertumpu di kawasan Malaysia.

Kemampuan pemain untuk memenangi perebutan bola tinggi menjadi perkara positif buat kem negara dan selepas minit ke-43, Harimau Malaya dilihat makin berani dan beberapa kali berjaya menghantar bola ke dalam kotak penalti lawan.

Malaysia memulakan babak kedua dengan agak baik namun keghairahan itu seakan tersentak apabila All White memperoleh gol pembukaan menerusi Elijah Just pada minit ke-53.

Gol itu seakan membuka jalan buat New Zealand untuk menghasilkan jaringan tambahan yang terhasil menerusi Matthew Garbett pada minit ke-61 dan 10 minit selepas itu penyerang sensasi tuan rumah, Chris Wood terus merobek gawang negara buat kali ketiga.

Minit ke-90, Logan Rogerson melengkapkan kemenangan bergaya New Zealand apabila meledak gol keempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI