fbpx

Haaland minta maaf ‘melarikan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (tengah) kelihatan tidak berpuas hati selepas Norway dibelasah 1-5 oleh Austria awal pagi semalam. - AFP

LINZ, Austria – Bintang sensasi Norway, Erling Haaland mencetuskan kritikan selepas bertindak melarikan diri daripada pihak media dan enggan mengulas tentang kekalahan 1-5 kepada Austria pada aksi Liga Negara-Negara Eropah semalam.

Bagaimanapun, penyerang Manchester City itu seakan menyedari kesilapannya dan tampil menggunakan media sosial untuk menzahirkan permohonan maaf kepada semua pihak yang terbabit.

“Saya minta maaf kepada semua orang dan ini adalah sesuatu yang tidak bagus di pihak saya.

“Kami akan memburu enam mata pada saingan di bulan November nanti,” kata Haaland.

Pada aksi di Arena Raiffeisen itu, Haaland diberikan tanggungjawab selaku kapten selepas penyandangnya yang juga bintang utama Arsenal, Martin Odegaard tidak dapat beraksi ekoran kecederaan dialaminya.

Marko Arnautovic menyumbangkan dua gol buat Austria diikuti satu daripada Philipp Lienhart, Stefan Posch dan Michael Gregoritsch, manakala jaringan sagu hati Norway dihasilkan oleh Alexander Sorloth.

Sementara itu, pemain tengah Norway, Sander Berge tampil mempertahankan Haaland sambil menegaskan selurus pasukan masih lagi bersatu selepas mengalami kekalahan besar tersebut.

“Haaland mempunyai hak untuk melakukan sedemikian (enggan ditemu bual) dan kamu boleh merasakan kekecewaan ini. Kami akan terus bersatu tidak kiralah apa juga yang kami harungi,” kata bintang Fulham itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI