fbpx

GISBH: Takut ditangkap punca ramai ibu bapa tidak buat pengecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kebanyakan ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holding Sdn. bhd (GISBH) tidak hadir pengecaman anak-anak mereka ekoran takut ditangkap polis.

Peguam mewakili GISBH, Najib Zakaria berkata, ini membuatkan ramai enggan mengambil risiko dan mahu jaminan sewajarnya seandainya perlu melalui proses pengesanan dan tuntutan anak-anak.

“Kebanyakan yang dikatakan dah serah diri nak pergi jumpa dengan polis tapi ditangkap. Jadi ini termasuk dengan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

“Jadi itu, menyebabkan ada sedikit kekeliruan dan tidak boleh disalahkan kepada ibu bapa
semata-mata atau penjaga atau waris.

“Mereka takut mengambil risiko, mereka pula akan ditangkap oleh pihak polis,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, situasi ini mendatangkan fobia sekiranya ditangkap bagaimana dengan keadaan keluarga mereka yang berada di luar.

“Ada situasi di mana suami dan isteri ditangkap. Apa akan berlaku kepada keluarga mereka. Jadi tak boleh salahkan kepada ibu bapa atau waris-waris.

“Benda ni sepatutnya ditangkap dengan secara lebih telus,” katanya.

Ketika ditanya ada wajar polis menyiasat susulan terdapat anak-anak telah ditinggalkan begitu lama, Najib menjelaskan, Isu GISBH bukan isu biasa dengan tangkapan secara pukal dilaksanakan polis.

“Polis ada kuasa dan kalau nak tangkap contohnya mesti ada satu kesalahan. Saya percaya kalau ada pun, saya rasa mungkin ada kesalahan di bawah Akta 31 kanak-kanak iaitu pengabaian dan sewajarnya.

“Walaupun bagaimanapun, sebelum pihak polis melaksanakan kuasa ataupun dibicara mereka dalam isu melibatkan GISBH, bukan seperti biasa.

“Saya rasa minta maaflah, banyak ketidakadilan yang berlaku,” katanya.

Sebelum ini, lebih 500 kanak-kanak diselamatkan dengan operasi lebih 20 buah rumah amal dikendalikan GISBH.

Mereka kini diletakkan di 13 pusat perlindungan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Segelintir daripada kanak-kanak yang diselamatkan didapati tidak mempunyai kad pengenalan diri serta mengaku tidak pernah berjumpa dengan ibu bapa atau keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI