fbpx

Dua kakitangan JKM Raub dipenjara tujuh hari dan denda RM10,000 pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUA tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

KUANTAN – Dua penolong pegawai kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Raub dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah membabitkan dana berjumlah RM78,000 kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Asraf Shah Tengku Yahya dan Zuraini Abdul Rahim@Abdul Rahman, masing-masing berumur 39 tahun, mengaku bersalah di hadapan Hakim Sazlina Safie ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengemukakan penyata agihan bantuan am bagi tempoh Jun 2020 sehingga Februari 2021 kepada ketua cawangan JKM Raub dengan menyatakan bantuan terbabit telah diagihkan kepada 20 penerima bantuan am sedangkan kesemua penerima tidak menerima bantuan tersebut.

Kedua-dua tertuduh masing-masing dikenakan hukuman penjara tujuh hari dari tarikh jatuh hukum selain masing-masing didenda RM10,000 yang mana jika gagal membayar denda boleh dipenjara selama dua bulan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI