fbpx

Dr Akmal hulur bantuan segera kepada penduduk terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akmal ketika mengumumkan bantuan segera kepada penduduk di DUN Merlimau menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Mangsa banjir yang terjejas di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka akan mendapat bantuan segera daripada Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, bantuan segera RM100 itu akan diberikan kepada setiap keluarga untuk membeli peralatan mencuci rumah.

Bagaimanapun katanya, keluarga yang terjejas dengan banjir itu perlu berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum.

“Insya-Allah kita nak kongsi rezeki dengan setiap keluarga yang terjejas dengan banjir pagi ni di DUN Merlimau untuk bantuan awal membeli peralatan mencuci rumah.

“Satu keluarga yang telah berdaftar di PPS akan kita berikan RM100 dan mohon untuk semua berada di PPS SMK Dang Anum pada jam 8 malam ini.

“Kita bantu semampu mungkin. Anak kampung untuk orang kampung,”tulisnya di laman Facebook.

Terdahulu, dalam hantaran di laman Facebook pagi tadi, Muhammad Akmal berkata, Merlimau telah diduga dengan banjir ekoran air pasang besar serta hujan lebat luar biasa bermula pukul 3 pagi tadi.

“PPS di SMK Dang Anum telah kita aktifkan, warga emas dan anak-anak kecil telah kita keluarkan dari rumah.

“Makanan pagi dalam perjalanan untuk dihantar kepada semua. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI