fbpx

Dewan Rakyat: Prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 menunjukkan prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 lebih baik berbanding 2022 berdasarkan peningkatan lebihan hasil sebanyak RM2.028 billion.

Jabatan Audit Negara dalam satu kenyataan media berkata, LKAN 3/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut menunjukkan penurunan defisit sebanyak RM8.595 billion.

Jelas Jabatan Audit Negara, keadaan tersebut menjadikan nisbah defisit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 5.0 peratus berbanding 5.5 peratus pada tahun 2022.

“Baki defisit Kumpulan Wang Pembangunan sejumlah RM10.217 billion menunjukkan penurunan sejumlah RM1.734 bilion (14.5 peratus) berbanding RM11.951 bilion pada tahun 2022.

“Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian terhadap trend peningkatan Liabiliti Persekutuan yang terdiri daripada
Hutang Persekutuan dan Liabiliti Kewangan yang meningkat sejumlah RM92.038 bilion (6.6 peratus) kepada RM1.492 trilion berbanding
RM1.400 trilion pada tahun 2022,” kata kenyataan itu hari ini.

Selain itu, Jabatan Audit Negara turut mengingatkan tentang komitmen jaminan pada tahun 2023 oleh Kerajaan Persekutuan terhadap 13 syarikat yang meningkat sebanyak RM3.288
bilion (1.5 peratus) berbanding RM224.116 bilion pada tahun 2022.

“Manakala dividen yang diterima Kerajaan Persekutuan menunjukkan penurunan ketara sejumlah RM9.756 bilion (17.5 peratus) berbanding RM55.815 bilion pada tahun 2022,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI