fbpx

Dewan Rakyat: Kunjungan kapal tentera China tidak langar peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad - Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR – Kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini tidak melanggar mana-mana peraturan negara termasuk dalam soal diplomatik.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kunjungan kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang itu mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan.

“Permohonan diplomatik dari kedutaan China jelas untuk membuat lawatan ke sekolah yang berunsurkan dan berlatar belakang Konfusianisme dan lain-lain.

“Ini ada diuruskan oleh pihak keselamatan dan yang lain itu kita harap kalau ada apa-apa pelanggaran daripada pihak mereka, akan disiasat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat)pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad seterusnya menjelaskan, acara meriah bagi menyambut ketibaan tersebut adalah bersempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Kementerian Luar masih menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran Nota Diplomatik dari Republik Rakyat China (PRC) kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Menurut beliau, siasatan menjurus kepada keaslian dokumen itu kerana ia tidak mempunyai tera air (watermark) seperti lazimnya diterima oleh pihak kementerian.

“Yang dikeluarkan itu tiada watermark, jadi kita tidak tahu di mana. Kalau di peringkat kita mesti ada watermark. Jadi itu kita akan jalankan siasatan,” katanya

Menjawab soalan asal Datuk Andy Muhammad Suryandy Bandi (BN-Kalabakan) berkaitan konflik Laut Cina Selatan, Mohamad menegaskan, Malaysia tegas memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terpelihara.

Ujar beliau, ketegangan yang berlaku di Laut Cina Selatan adalah di luar Kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia pada tahun 1979.

“Isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif. Setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif,” katanya.

Tambah beliau, ASEAN dan China juga sedang merundingkan dokumen Awal Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sebagai satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan.

“Ianya adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. Rundingan COC dilaksanakan oleh ASEAN dan China menerusi platform, ASEAN- China Joint Working Group on the Implementation of the DOC (JWG- DOC),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI