fbpx

Budak 15 tahun catat rekod silap mata terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cillian menempa rekod kategori helah silap mata paling banyak dilakukan dalam masa satu minit. - Guinness World Records

DUBLIN – Seorang remaja dari Ireland memecah Guinness World Records dengan melakukan 28 helah silap mata dalam masa satu minit.

Laman berita Guinness World Records melaporkan, Cillian O’Connor, 15, berjaya menempa rekod bagi kategori helah silap mata paling banyak dilakukan dalam masa satu minit untuk individu bawah 16 tahun.

Persembahan Cillian termasuk membuat tongkat muncul secara tiba-tiba dan menghilangkan pensel.

“Bagi mencapai matlamat, saya meneliti rekod semasa dan teknik berbeza yang mungkin berkesan,” jelasnya.

Cillian mula meminati persembahan silap mata pada usia tujuh tahun apabila bapa saudaranya menunjukkan helah kepadanya.

Dia kemudian mula membahagikan masa antara sekolah dan hobinya itu sebelum berlatih bersungguh-sungguh pada musim panas 2023 untuk melakukan percubaan memecah rekod. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI