fbpx

Banjir: 625 orang mangsa ditempatkan di 12 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di PPS Sekolah Kebangsaan Lasah di Kuala Kangsar hari ini.

IPOH – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila seramai 625 orang dari empat buah daerah telah direkodkan setakat pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, empat daerah terlibat ialah Kerian yang melibatkan 111 orang mangsa, Kuala Kangsar (342 mangsa) dan Hulu Perak (59 mangsa).

Menurutnya, mangsa di daerah Muallim pula masih lagi dalam proses pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Batu 4 yang baharu dibuka pukul 8 tadi.

“Secara keseluruhan terdapat 12 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dari 188 buah keluarga yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

Mengikut rekod, setakat pukul 4 pagi tadi, sebanyak 405 orang mangsa banjir dari 117 buah keluarga yang ditempatkan di enam PPS di Kerian, Hilir Perak dan Kuala Kangsar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI