fbpx

Atuk buat aksi lagak ngeri demi ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan warga emas itu melakukan aksi lagak ngeri. - Instagram

NEW DELHI – Perbuatan seorang warga emas di India berpaut pada palang gerabak kereta api yang bergerak laju demi kandungan di laman sosial mengundang kecaman orang ramai, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman Instagram oleh akaun @rahulsharmapandit, menunjukkan dia melakukan pelbagai aksi lagak ngeri sambil kedua-dua tangannya berpaut pada palang besi. 

Semua aksi berbahaya itu dilakukan semasa kereta api bergerak laju di landasan. 

Rakaman  itu mencatatkan lebih 5.6 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi netizen. 

“Adakah anda tidak takut mati wahai orang tua?” sindir seorang netizen. 

“Atuk rindu zaman muda,” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI