fbpx

Amiruddin tamat perkhidmatan sebagai Pengarah Besar Felda hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amiruddin

PETALING JAYA – Perkhidmatan Datuk Amiruddin Abdul Satar sebagai Pengarah Besar tamat hari ini selepas empat tahun menerajui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Jabatan Komunikasi Strategik Felda berkata, Amiruddin telah memimpin FELDA melalui pelbagai cabaran dengan penuh dedikasi dan visi yang jelas terutama dalam tempoh pasca pandemik Covid-19.

Menurutnya, beberapa inisiatif penting telah dilaksanakan termasuk pelaksanaan Kertas Putih: Ke Arah Kelestarian Felda yang merangka sebuah model baharu.

“Model ini bukan sahaja memperkukuhkan asas organisasi, tetapi turut memberi manfaat langsung kepada warga peneroka serta meningkatkan kesejahteraan komuniti Felda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata kenyataan itu, bermula 15 Oktober 2020, Amiruddin juga berjaya memulihkan kewangan
Felda melalui langkah pembaharuan dan pengurusan cekap.

Ujarnya, pendekatan tegas beliau dalam kawalan kos dan peningkatan hasil operasi meletakkan Felda kembali di landasan yang stabil.

“Beliau juga menekankan pembangunan ekosistem holistik, melibatkan kecekapan operasi dan pengurusan sumber, memastikan pertumbuhan jangka panjang Felda yang mampan dan berdaya tahan.

“Asas yang dibina ini akan menjadi panduan untuk kejayaan Felda pada masa hadapan,” jelasnya.

Justeru, tambahnya, seluruh warga Felda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Amiruddin di atas kepimpinan beliau yang luar biasa serta perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh beliau mengetuai Felda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI