fbpx

Taufan Milton reda, bahan api pula jadi isu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara menunjukkan sebuah trak memandu melalui jalan yang dinaiki air selepas Taufan Milton membadai Daytona Selatan kelmarin. - AFP

TALLAHASSEE, FLORIDA – Beribu-ribu penduduk yang melarikan diri daripada ancaman Taufan Milton mengalami masalah kekurangan bahan api dan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, lapor akhbar The Guardian semalam. 

Milton membadai Florida sebagai ribut Kategori 3 pada Rabu lalu, menyebabkan berjuta-juta penduduk terjejas dan digesa berpindah. 

‘Ribut raksasa’ yang mencetuskan banjir dan puting beliung itu turut mengorbankan lebih 12 nyawa, selain memusnahkan rumah serta menyebabkan lebih 1.5 juta orang masih terputus bekalan elektrik. 

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, penduduk yang kembali ke kawasan Teluk Tampa menghadapi pelbagai kesukaran seperti kesesakan lalu lintas dan kekurangan bahan api. 

Florida telah menyediakan tiga tapak pengedaran bahan api iaitu di Bradenton, Plant City dan St Petersburg. 

“Apabila bekalan elektrik dipulihkan, mungkin sesetengah daripada mereka mempunyai penjana yang boleh mereka gunakan. 

“Selepas pelabuhan Tampa dibuka, bahan api akan dibekalkan seperti biasa. Sementara ini, kami mahu membantu penduduk dengan pilihan lain,” kata DeSantis.

DeSantis berkata, negeri itu merancang untuk membuka lokasi tambahan di Tampa dan daerah Pinellas dan Sarasota bergantung kepada permintaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI