fbpx

Sayunya puisi ‘broken child’ Puteri Balqis buat anak Fazura, Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Putri Balqis melihat sensasi perceraian Fattah Amin dan Fazura dari sudut berbeza apabila mengangkat isu 'broken child dalam penulisan puisinya.

PETALING JAYA – Membesar dalam keluarga yang berpecah-belah, pelakon Puteri Balqis berkongsi luahan hati buat anak selebriti sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.

Menerusi perkongsian berbentuk puisi yang dimuat naik dalam Instagram, Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 17, berharap anak kecil berusia empat tahun itu cekal dan membesar tabah mengharung perceraian kedua ibu bapa, Fazura dan Fattah Amin.

Kata Balqis, biarpun orang tua sudah tidak lagi bersama, kasih sayang dan tanggungjawab kepada anak tetap mereka tidak akan lupa.

“Tinggi pengorbanan ayah dan ibumu. Biar ayahmu terpaksa menghilang seketika, namun rindu, tanggungjawabnya pada seorang anak tidak sekali diabaikan walau keadaan memaksa.

“Biar ibumu dihina, kasihnya padamu tiada tara. Keduanya punya cinta yang tinggi buatmu. Masyarakat dan artis cuma memekik, memerli sini sana ketika masih bernyawa. Mengambil tahu untuk beberapa hari cuma.

“Bising seketika, biarkan dengan ilusi mereka. Bila kau membesar, pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa, seperti mana yang mereka gembar-gemburkan,” katanya.

Tambah pelakon drama Khilaf Yang Tertulis itu, masyarakat hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan apa yang dilihat sedangkan tidak mengetahui perkara sebenar.

“Apa yang mereka harapkan padamu, sama seperti apa yang mereka harapkan berlaku padaku, satu waktu dulu. Mereka mengharapkan aku membenci ibuku. Sedangkan apabila tiba waktunya aku lebih membenci mereka.

“Tidak pernah sekalipun dibukanya derita sebenar selama lebih 10 tahun. Tapi, sekali dibuka maka bertempiklah mereka mengatakan ini aib. Aku saksi kecil yang berdiam, menyaksikan derita ibuku sekian lama. Maka ini aku tidak peduli lagi kata-kata mereka.

“Malah, kasih kepada ibuku makin kuat. Yang ada dalam diri aku hanya, penyesalan kerana tidak mampu mempertahankannya ketika ibuku menerima hinaan masyarakat dan orang industri,” ujarnya.

Biarpun berdepan dengan situasi sama, namun kata Balqis, membesar dalam persekitaran keluarga yang berbeza membuatkan Fatima memiliki nasib yang lebih beruntung berbanding dirinya.

“Tapi ini aku kerana aku cuma ada ibu. Kisah kita sangat berbeza. Masa akan tiba untuk kau lebih bijak, berfikir dalam membuat keputusan. Dengarlah luahan mereka, jadilah pengubat derita mereka.

“Aku pasti tiada ego di hati mereka untuk memohon maaf padamu kerana kau permata yang dikasihi. Terlalu jauh jika dibandingkan derita kehidupan ‘broken child’ yang sebenar.

“Anak sepertimu masih beruntung berbanding anak seperti kami. Maka bergembiralah anak seperti kami. Maka bergembiralah wakai anak kecil. Jangan kau sedih dengan pandangan manusia lain. Kau berhak bahagia,” katanya.

Dalam perkongsian sama balqis turut mengucapkan terima kasih buat Fazura dan Fattah kerana telah membesarkan anak mereka dengan baik.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI