fbpx

‘Saya tunggu masa sesuai bertemu keluarga mangsa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami suspek yang melanggar empat pelajar UiTM Dungun bersyukur dan lega permohonan maaf dilakukannya diterima baik oleh kesemua keluarga mangsa.

DUNGUN – Suami suspek yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun bersyukur dan lega permohonan maaf dilakukannya diterima baik oleh kesemua keluarga mangsa.

Lelaki berusia 53 tahun itu berkata, dia berterima kasih dan terharu dengan jiwa besar semua keluarga mangsa walaupun memahami ujian yang sedang menimpa sangat besar.

“Saya memahami buat masa ini mereka perlu diberi ruang untuk bertenang ekoran ujian yang berat ini. Begitu pun saya sanggup menunggu masa sesuai untuk bertemu semua keluarga mangsa bagi menyatakan penyesalan saya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Suami suspek memberitahu, setakat ini dia sudah bertemu dengan mangsa terselamat, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dan bapanya,
Mohamad Ridhuan Mohd. Shariff, 52.

Dia berkata, hatinya lega dapat bertemu Muhammad Ammar Danish sebelum pelajar tahun dua Sarjana Muda Perakaunan tersebut dibenarkan keluar hospital semalam.

“Alhamdulillah, saya lega mereka menyambut saya dengan baik dan memaafkan apa yang berlaku. Saya benar-benar kesal dengan insiden tersebut. Ia bukanlah kehendak saya mahu isteri yang menderita sakit (meroyan),” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan kontraktor pendawaian elektrik itu memohon maaf bagi pihak isterinya berhubung kemalangan meragut tiga nyawa tersebut.

Dakwanya isterinya berusia 49 tahun yang mengalami kecelaruan mental sejak 10 tahun lalu telah curi-curi memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V terbabit sewaktu dia dan anak lelakinya sedang menunaikan solat maghrib.

Sementara itu, keluarga ketiga-tiga mangsa yang terkorban iaitu Khairul Anwar Jamaludin, 20; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, bersedia memaafkan pelaku dan enggan menaruh dendam.

Begitupun mereka masih belum bersedia untuk bertemu suami suspek pada masa terdekat kerana masih tersedih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI