fbpx

Pau Marti sudah ada gambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAU MARTI (tengah) percaya beberapa elemen dalam aksi menentang Auckland memberi bayangan mengenai kekuatan New Zealand yang bakal ditentang esok. - FB FAM

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyeru barisan pemain berwaspada menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland esok.

Menurut Pau Marti, saingan sengit boleh diberikan oleh skuad All Whites dan mungkin setaraf dengan apa yang dilalui oleh barisan pemain ketika meraih keputusan seri 1-1 bertemu kelab Auckland FC pada perlawanan pemanas badan kelmarin.

Kata Pau Marti, perlawanan ujian itu boleh disifatkan cukup bermakna kerana kekuatan kelab itu pastinya mirip corak permainan negara Kiwi yang menduduki ranking ke-95 dunia itu.

“Secara jujur, aksi yang sama kita jangkakan apabila berdepan New Zealand nanti.

“Perlawanan itu kita jangka aksi tertumpu kepada kekuatan fizikal, kepantasan selain berintensiti tinggi,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia berdepan New Zealand ialah pada 2006 ketika dikendalikan pengendali tempatan, Norizan Bakar.

Pada saingan itu, skuad Harimau Malaya tewas 1-0 di Christchurch pada 19 Februari dan 2-1 di Auckland empat hari kemudian dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

Berdasarkan prestasi semasa, New Zealand turut berada dalam tahap terbaik ketika ini apabila berjaya menewaskan Tahiti 3-0 dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi Zon Oceania kelmarin.

Selepas ini skuad negara akan mengharungi satu lagi perlawanan antarabangsa bertemu India pada November depan sebelum mengharungi Piala AFF 2024 yang akan bermula pada Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI