fbpx

Mangsa banjir di Perak terus bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES pemindahan mangsa banjir yang terjejas di Kampung Lasah dan Kampung Tok Sirat, Kuala Kangsar.

IPOH – Mangsa banjir di Perak bertambah 96 orang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 262 individu membabitkan 85 keluarga dan enam pusat pemindahan banjir (PPS) setakat pukul 4 petang hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, seramai 34 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Lasah petang ini membabitkan penduduk dari Kampung Lasah dan Kampung Tok Sirat.

“Sementara itu, PPS DOR Kampung Lintang dan PPS Dewan Pandak Hamid, OAOSC Bawong turut dalam proses pendaftaran dan penerimaan mangsa,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI