fbpx

Madrafataha ditemui selamat, enam suspek diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madrafataha.

KLANG – Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai diculik di kawasan rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi di sini, Selasa lalu terungkai apabila dia ditemui selamat, semalam.

Penemuan mangsa yang dikenali sebagai Madrafataha Indal Bangsawan itu, membawa kepada penahanan enam suspek termasuk dua wanita berusia 13 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kanak-kanak warga tempatan yang hilang pada 8 Oktober itu dijumpai semula kira-kira pukul 2.30 petang.

Jelas beliau, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

“Siasatan mendapati kanak-kanak itu dipercayai diculik daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang. Bertindak atas maklumat, polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran bermula pukul 5 petang semalam,” katanya, hari ini.

“Kereta Myvi yang digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas. Siasatan mendapati, mangsa mengenali salah seorang daripada suspek selain salah seorang suspek turut memiliki satu rekod jenayah lampau.

Tambahnya, polis akan membuat permohonan reman ke atas keenam-enam suspek di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Madrafataha dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan di kereta yang diparkir di bawah rumahnya di Bandar Bukit Tinggi dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Selasa lalu.

Sepanjang kehilangannya, kanak-kanak itu juga dikatakan menaiki sebuah kenderaan selain sempat meletakkan dua peket mi segera berperisa kari di bahagian rak barangan di rangkaian pasar raya berhampiran rumahnya. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI