fbpx

Lima negara tiada lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ada lima negara terkenal yang tidak mempunyai lapangan terbang sehingga ke hari ini.- Gambar hiasan

PESAWAT komersial merupakan salah satu alat pengangkutan paling cepat dan selamat di dunia.

Pun begitu, ada lima negara terkenal yang tidak mempunyai lapangan terbang sehingga ke hari ini.

Salah satu sebab negara tersebut tiada lapangan terbang adalah kerana keadaan geografi dan bentuk muka buminya yang kurang sesuai.

Panorama minggu ini menyenaraikan lima negara yang tidak mempunyai lapangan terbang seperti dipetik daripada portal Times of India dan lifestyle.bisnis.com.

Andorra
Berbanding negara lain, Andorra memiliki wilayah daratan yang lebih luas, namun bentuk muka buminya dipenuhi dengan kawasan pergunungan.

Negara terletak di antara Perancis dan Sepanyol itu dikelilingi oleh pergunungan Pyrenees yang memiliki puncak-puncak dengan ketinggiannya mencapai hampir 3,000 meter dari aras laut.

Mengoperasikan pesawat di altitud seperti itu menjadikan ia sangat berisiko dan rumit. Lantas kerajaan Andorra memutuskan untuk tidak memiliki lapangan terbang sendiri.

Sebagai alternatif, para pelancong dapat memilih penerbangan ke kota-kota terdekat seperti Barcelona, Leridanatau Girona (Sepanyol) yang terletak dalam radius 200 kilometer (km) dari Andorra.

Vatican City

Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan jumlah penduduk kurang daripada 800 orang.

Saiz negara yang kecil menawarkan ruang minimum untuk pesawat mendarat, manakala tiada sungai atau akses laut untuk memudahkan pengangkutan alternatif.

Bagaimanapun, lapangan terbang paling hampir dengan negara itu adalah Fiumicino dan Ciampino di Rome, Itali yang boleh dicapai dalam masa 30 minit dengan menaiki kereta api.

San Marino

Terletak berhampiran Vatican City, San Marino terkenal sebagai salah satu negara tertua di dunia.

Dikelilingi oleh Itali, San Marino tidak mempunyai tidak mempunyai lapangan terbang kerana saiznya yang kecil.

Mujurlah, rupa bumi yang agak rata di negara ini boleh diakses dan infrastruktur jalan raya juga agak luas.

Salah satu lapangan terbang yang paling dekat dengan San Marino terletak di Rimini, Itali. Walaupun ia agak kecil, namun lapangan terbang itu berfungsi sebagai hab pengangkutan penting bagi penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke San Marino.

Monaco

Monaco adalah negara kedua terkecil di dunia setelah Vatican City yang tidak memiliki lapangan terbang.

Para pelancong yang ingin datang ke negara ini harus menggunakan teksi, menaiki bot atau kereta api setelah tiba di Lapangan Terbang Nice yang terletak di Perancis.

Atas faktor negara terlalu kecil dan tidak mempunyai kawasan khas bagi pesawat mendarat, Monaco memutuskan untuk tidak membina lapangan terbang sendiri.

Liechtenstein
Terdiri daripada kawasan berbukit dan lereng yang landai, Liechtenstein adalah negara kecil yang hanya berkeluasan kurang daripada 75km.

Bahkan, jika Liechtenstein ingin membangunkan lapangan terbang sendiri, kemungkinan besar mereka harus menambak dan menggunakan sebahagian tanah dan wilayah Austria.

Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya konflik diplomatik dengan negara tetangga, Liechtenstein memilih untuk tidak membina lapangan terbang mereka.

Maka, penduduk di negara tersebut terpaksa memandu kereta atau menaiki bas untuk ke lapangan terbang terdekat di Zurich, Switzerland yang terletak sejauh 120km.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI