fbpx

Kementerian Pertahanan tidak langkau keputusan UNIFIL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY pada sidang media Program Santuni Madani di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Kementerian Pertahanan tidak akan membuat sebarang keputusan yang melangkaui Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) untuk membawa pulang Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 keluar dari Lebanon.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Malbatt akan terus ditempatkan di kawasan berkenaan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada UNIFIL.

Menurutnya, sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama walaupun ketika ini keadaan menjadi tegang disebabkan provokasi Israel, kerana kehadiran Malbatt di Lebanon sebagai Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Seperti mana yang kita tahu bahawa kita hadir di Lebanon atas kerjasama dengan PBB dan apa pun kedudukan kita buat masa ini ia terus kekal di sana.

“Keputusan kita akan bergantung juga dengan keputusan kerjasama kita dengan UNIFIL, jadi buat masa ini semua anggota kita selamat di kubu kerana diarahkan tidak membuat rondaan,” katanya selepas menghadiri Program Santuni Madani di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Malbatt 850-11 yang berpangkalan di Tibnin dan Marakah dilaporkan selamat selepas serangan rejim Zionis ke atas ibu pejabat UNIFIL di Naquora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI