fbpx

Kebolehpasaran graduan Kolej Uniti lebih 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR HAMZAH (tiga dari kanan) meraikan graduan selepas Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke-21 di Bangi hari ini. Foto AMIR KHALID/KOSMO!

BANGI – Kadar kebolehpasaran graduan Kolej UNITI kini melebihi 80 peratus dan menjadi pilihan lepasan sekolah untuk me­lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Berkongsi kejayaan itu, Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md. Isa berkata, antara faktor tersebut kerana pihaknya mempunyai hubungan baik dengan pihak industri.

Katanya, Kolej UNITI turut menawarkan program yang memenuhi permintaan pasaran kerja semasa seperti dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Selain itu kita juga berjaya mendapat pengiktirafan enam bintang dalam penarafan MyQUEST untuk sesi 2016/17. Prestasi ini kita berjaya kekalkan.

“Walaupun ada program yang kadar kebolehpasaran hampir 100 peratus, tetapi secara kolektifnya kadar itu melebihi 80 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke-21 di Bangi Avenue Convention Centre di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Kumpulan Pendidikan UNITI, Jamal Mohd. Amin dan Timbalan Pre­siden Akademi Profesor Malaysia, Datuk Seri Dr. Ir. Kamal Nasharuddin Mustapha.

Tambah Amir Hamzah, kadar kebolehpasaran graduan Kolej UNITI bukti institusi itu menjadi pilihan pelajar dan ibu bapa.

Mengulas mengenai majlis konvokesyen berkenaan, ujar­nya, pada tahun ini graduan ­Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak mencatatkan jumlah graduan terbanyak, seramai 187 orang, disusuli Diploma Pengurusan Industri Halal dengan 97 graduan.

Jelasnya, bidang pendidikan awal kanak-kanak hampir setiap tahun mendapat permintaan tinggi kerana pasaran kerja yang sentiasa ada dan Kolej UNITI juga antara institusi pendidikan tinggi swasta pelopor awal bidang itu.

Pada majlis itu, seramai 516 graduan menerima diploma ma­sing-masing.

Mereka terdiri daripada 414 orang graduan Kolej UNITI Port Dickson dan 102 graduan Kolej UNITI Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah tersebut melibatkan 165 graduan dari Fakulti Pengurusan Industri Halal, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (288) dan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (63). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI