fbpx

KD Pendekar berjaya diapungkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini KD Pendekar selepas berjaya diapungkan petang tadi.

PETALING JAYA – Kapal Diraja (KD) Pendekar yang tenggelam di Tanjung Penyusop, Johor pada 25 Ogos lalu telah berjaya diapungkan kira-kira pukul 4.38 petang tadi.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam satu kenyataan berkata, kapal itu kini sedang menjalani pembaikan awalan sebelum diserahkan kembali kepada Tentera Laut Diraja Malaysia.

Katanya, walaupun terdapat beberapa cabaran, namun operasi salvaj KD Pendekar telah dapat diselesaikan.

“Lokasi di mana kapal tersebut karam kini disahkan selamat dan tiada tinggalan peluru atau bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan komuniti maritim khususnya yang sering menggunakan perairan tersebut.

“Masa hadapan kapal yang berusia lebih 45 tahun tersebut akan diputuskan bersekali dengan rancangan “Phasing In – Phasing Out” kapal-kapal usang yang masih di dalam perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5,” katanya.

Mengulas lanjut, Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut berkata, punca dan faktor-faktor terlibat yang membawa kepada insiden tenggelamnya KD Pendekar masih sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan.

Terdahulu, Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan, KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi pada kedudukan 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pukul 12 tengah hari.

Kebocoran itu dipercayai berpunca akibat kapal terlanggar dengan objek bawah air.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI