fbpx

Jangan sindir, mengata buruk orang lain – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA memberitahu pengacara yang baik tidak perlu menyindir ketika menjalankan tugas.

SHAH ALAM – Pengacara yang baik tidak perlu menyindir.

Perkara itu yang dipegang Uyaina Arshad sehingga diangkat sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), hujung minggu

Tidak tertumpu kepada skop pengacaraan, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkongsi ingatan tersebut secara umum untuk diapikasikan dalam kehidupan seharian.

“Saya bercakap tidak merujuk satu pihak sebaliknya harap perkara ini dipraktikkan di mana-mana bukan dalam pengacaraan sahaja.

“Tak perlu menyindir atau mengata buruk tentang orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media ABP36, baru-baru ini.

Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut berharap orang ramai lebih memfokuskan kepada pembentukkan diri sendiri yang lebih positif.

“Berikan fokus lebih kepada perkembangan diri, kemahiran dan apa yang boleh sampaikan kepada orang,” ujarnya.

Pada malam gemilang ABP36, Uyaina menjulang trofi Pengacara TV Popular sekali gus menewaskan pemenang tahun lalu, Elly Mazlein, selain Raja Azura, Izzue Islam dan Anim Ezzati.

Kerjaya Uyaina, 31, dalam arena pengacaraan bermula dengan penyertaannya dalam program Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3.

Dua tahun kemudian, isteri kepada pelakon Raja Syahiran itu mengendalikan program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) hingga sekarang.

Uyaina juga mengharumkan nama negara apabila muncul juara Puteri Muslimah Asia 2018, iaitu program realiti yang julung kali diperkenalkan stesen Indosiar di Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI