fbpx

Hujan lebat, angin kencang di Baling, Gua Musang dan Jerantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir melanda di lima negeri pada sebelah petang ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan kawasan Sik, Baling dan Kulim.

“Cuaca sama dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak) dan Kelantan melibatkan Machang, Kuala Krai serta Gua Musang.

“Di Terengganu pula dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” lapor MetMalaysia.

Cuaca buruk pada petang ini turut tertumpu sekitar kawasan di Pahang iaitu Jerantut dan Kuantan.

“Beberapa tempat di Sarawak juga menerima cuaca sama iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI