fbpx

FGV, MAIPs komited bantu asnaf dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) bersama pengurusan Kumpulan FGV dan MAIPs dalam majlis penyerahan zakat perniagaan di ibu negara, baru-baru ini.

KANGAR – Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited menjalinkan kerjasama bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan asnaf di Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kerjasama itu bertujuan memberi sokongan dalam pembangunan kemahiran asnaf serta menyediakan peluang pekerjaan lebih baik.

Katanya, ia sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup golongan tersebut.

“Komitmen ini dizahirkan sempena Majlis Persembahan Zakat Perniagaan Kumpulan FGV bagi tahun 2023 berjumlah RM201,267.

“Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima zakat tersebut di ibu negara baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Pada majlis itu, Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan menerima zakat perniagaan daripada Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd. Isa.

Turut diadakan ialah penyerahan surat niat kerjasama antara MAIPs dan FGV untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada asnaf.

Kerjasama strategik itu melibatkan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd. dan FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGVIF), yang akan membuka peluang pekerjaan di kawasan pertumbuhan pertanian baharu, FGV Agro Food-Valley di Chuping, dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI