fbpx

EPL: Ten Hag hilang sembilan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE berdepan kecederaan betis menyebabkan dia hampir pasti tidak dapat beraksi menentang Brentford nanti. - AFP

MANCHESTER – Ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, itulah nasib yang terpaksa dihadapi pengendali Manchester United, Erik Ten Hag yang bukan sahaja sedang menghitung nasib di Old Trafford, namun terpaksa berdepan dugaan baharu.

Pengurus dari Belanda itu berdepan kemungkinan hilang sembilan pemain utama sebaik United kembali memberikan fokus pada saingan Liga Perdana Inggeris berdepan Brentford pada 19 Oktober nanti selepas berakhirnya kalender perlawanan antarabangsa.

Ketika beliau dilapor akan terus diberikan peluang untuk kekal, pihak pengurusan pastinya mahu keputusan yang lebih baik dan kemenangan adalah tujuan utama selepas mereka gagal menang dalam lima perlawanan sebelum ini.

Namun, perkembangan terbaharu itu meletakkan Ten Hag dalam krisis yang hebat terutama di bahagian pertahanan apabila bakal kehilangan lima pemain melibatkan Luke Shaw, Tyrell Malacia dan Leny Yoro yang masih kekal di bilik rawatan.

Selain itu, Harry Maguire sah terlepas aksi untuk beberapa minggu ekoran kecederaan betis ketika menentang Aston Villa, manakala Noussair Mazraoui pula baru sahaja selesai menjalani prosedur jantung dan perlu berehat.

Empat lagi pemain melibatkan Mason Mount yang belum diketahui statusnya apabila dikeluarkan ekoran kecederaan kepada ketika menentang Tottenham Hotspur.

Dalam pada itu, tiga pemain muda, Kobbie Mainoo, Alejandro Garnacho dan Amad Diallo bakal menambah resah Ten Hag apabila kesemua mereka tidak terlibat dalam aksi antarabangsa kali ini selepas berdepan isu kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI