fbpx

Belle cemerlang di sebalik derita skoliosis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella bercita-cita mahu penjadi pensyarah.

Pesona Ahad minggu ini menampilkan seorang gadis yang mempunyai semangat tinggi meneruskan kehidupan walaupun menghidap penyakit skoliosis iaitu tulang belakang bengkok.

Penyampai berita sebuah syarikat televisyen swasta, Aina Nabila Mazlan, 24, atau lebih ­mesra disapa Belle menjadikan pe­nyakitnya itu sebagai pemang­kin untuk terus kuat demi mencapai cita-citanya sebagai pensyarah.

Kongsi Belle, dia sudah biasa dengan penyakit yang menjadi sebahagian daripada hidupnya dan berharap ia menjadi inspirasi kepada mana-mana individu yang berdepan dengan krisis kesihatan supaya bangkit dan berjaya.

Kosmo! Ahad: Ceritakan tentang diri Belle?
Belle: Seorang yang sangat pemalu walaupun sering muncul di hadapan kamera sebagai pe­nyampai berita dan berlakon dalam pelbagai iklan komersial. Karakter tegas tetapi pendiam. Masa lapang suka joging dan gim.

Anda minat berlakon?
Saya telah berlakon dalam beberapa iklan untuk menjana pendapatan untuk membiayai pengajian. Jika diberi peluang, saya ingin bergandingan dengan pelakon dari Indonesia seperti Amanda Rawles dan Chelsea Islan. Mereka sangat cantik dan bergaya.

Belle menghidap skoliosis, boleh kongsi?
Belakang badan saya tiba-tiba ada bonggol ketika berusia 14 tahun. Masa itu saya aktif bersukan terma­suk menjadi ahli gimnas. Lengkung tulang belakang mencapai 51 darjah. Saya kemudian menjalani pembedahan pada 2021 dan tangguhkan pengajian.

Selepas itu, saya uruskan bisnes spa keluarga selain bekerja di sebuah pusat bahasa antarabangsa di Kuala Lumpur.

Bagaimana keadaan Belle sekarang?
Alhamdulillah, kini tulang belakang saya kembali lurus 100 peratus. Saya bakal bekerja sebagai penyampai berita di sebuah agensi media tempatan dan akan memasuki semester pelajaran baru.

Bagaimana Belle kekal tabah?
Sokongan ibu bapa dan semua orang yang saya sayangi. Kini, meskipun terdapat dua rod titanium dan 18 skru dalam badan saya, saya masih dapat meneruskan pelajaran sambil bekerja separuh masa.

Kata-kata semangat untuk penghidap skoliosis?
Jangan sesekali merasa rendah diri. It’s bent but not broken (Ianya bengkok tetapi tidak patah). Terus­kan melakukan per­kara yang anda suka, jaga kesihatan dan pemakanan, serta mental health diri.
Jangan putus asa dan teruskan bercita-cita tinggi.

Impian Bella?
Jika diberi rezeki­ ­lebih, saya mahu sambung pengajian se­hingga PhD untuk menjadi pensyarah di universiti.

Lelaki pilihan?
Menepati masa, pembersih dan sentiasa menjaga kesihatan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI