fbpx

‘Ada kapal China, ada pihak kata nak serang Pulau Pinang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang, baru-baru ini adalah sama dengan persinggahan kapal luar negara di negara ini sebelum ini sudah menjadi amalan biasa sejak sekian lama.

Jelas Anwar,perkara ini hanya menjadi bualan kepada pihak yang sengaja menimbulkan isu bahkan sudah menjadi amalan biasa kerajaan sejak sekian lama.

Malah katanya, Malaysia sentiasa membenarkan pelabuhan kapal dari semua negara kecuali Israel di sini kerana mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara.

Sehubungan itu beliau tidak melihat wujudnya masalah dengan perkara berkenaan kerana operasi ketenteraan secara bersama itu, bukan sahaja diadakan bersama China, namun juga negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura, Indonesia dan India sebelum ini.

“Ada kapal China, ada pihak kata nak serang Pulau Pinang, kita ada operasi ketenteraan bersama apa masalahnya? Pada saya tiada masalah. Hal itu berlaku sejak sekian lama. Kerajaan dulu ketika zaman Pas dan Bersatu, kapal Israel pun boleh masuk, tidak jadi isu, tetapi sekarang jadi isu.

“Saya hendak beritahu, mereka boleh kata apa yang mereka suka namun dasar berbaik dengan semua negara iaitu kapal boleh berlabuh di pelabuhan kita, akan diteruskan, tiada kompromi,” katanya ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) hari ini.

Anwar berkata dakwaan pihak tertentu bahawa kemasukan kapal perang seolah-olah akan melakukan serangan dan mengambil alih negara tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI