fbpx

12 jam hujan tak henti-henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Zolkafly (dua dari kanan) bersama penduduk yang terjejas banjir di Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT – Kira-kira 100 penduduk di dua perkampungan Orang Asli dekat sini terputus hubungan selepas jalan menuju ke penempatan mereka ditenggelami air banjir ekoran hujan berterusan sejak 6.30 petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, keadaan itu menyebabkan proses pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong mengalami sedikit kesukaran.

Katanya, penduduk yang terjejas ialah dari Kampung Orang Asli Jong dan Kampung Orang Asli Chenein.

“Jadi sekarang ini, kita sedang fikirkan bagaimana caranya untuk membawa bantuan terutama makanan kepada penduduk di sana.

“Buat masa sekarang, mereka gunakan dewan di perkampungan itu tapi kita tahu keadaannya serba kekurangan. Kita akan ambil tindakan sewajarnya untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan banjir di sini hari in.

Menurut Mohd. Zolkafly, satu pelan tindakan sedang diatur bersama jabatan dan agensi terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan penduduk Orang Asli yang terjejas banjir mendapat bantuan sewajarnya.

Hujan lebat dan berterusan selama hampir 12 jam sejak pukul 6.30 petang semalam, mengakibatkan puluhan keluarga di Kampung Lasah, Kampung Lintang, Kampung Orang Asli Jong dan Kampung Orang Asli Chenein terjejas akibat banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI