fbpx

Wanita maut, dua terselamat kebakaran kotak fius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita ditemui maut manakala dua lagi terselamat dalam kejadian kebakaran kotak fius di sebuah apartmen di Damansara, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya meneruma maklumat kejadian itu pada pukul 8.39 pagi.

Katanya, sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dibantu BBP Petaling Jaya serta BBP Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebakaran melibatkan kotak suis dalam kediaman yang terletak di tingkat 15, apartment terbabit.

“Api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dan terdapat tiga mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya berjaya menyelamatkan dua individu iaitu lelaki berusia 29 tahun wanita berusia 24 tahun dalam kejadian terbabit

“Seorang lagi mangsa wanita berusia 31 tahun ditemukan meninggal dunia dalam bilik air kediaman itu,” katanya.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI