fbpx

[VIDEO] Nahas UiTM Dungun: ‘Arwah Akmal nak gambar depan Kaabah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permintaan terakhir Allahyarham Muhammad Akmal daripada seorang rakannya yang menunaikan umrah pada September lalu.

PETALING JAYA – Gambar berlatar belakang Kaabah merupakan permintaan terakhir daripada Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, iaitu seorang daripada tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dalam insiden kemalangan pada Rabu lalu.

Menerusi video dimuat naik rakannya pada TikTok adib.ck, dia menunaikan umrah pada Septembar lalu serta memenuhi permintaan Allahyarham Muhammad Akmal yang memintanya mengambil gambar dengan latar belakang Kaabah.

Pemuda tersebut memuat naik video memperlihatkan telefon bimbit yang mempunyai gambar arwah serta menangkapnya hadapan Kaabah untuk diberikan kepada Muhammad Akmal.

“Selamat jalan sahabat, Muhammad Akmal Tukirin. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku dan sentiasa hiburkan kami.

“Gambar terakhir merupakan permintaan terakhir kau semasa aku menunaikan umrah pada bulan lepas. Jumpa di sana sahabat,” katanya pada kapsyen.

Berikutan itu, ramai yang mendoakan Allahyarham Muhammad Akmal selain bersedih dengan kehilangannya.

“Dia ni penghibur dalam kalangan rakan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” ujar pengguna TikTok.

“Video sebelum kejadian ke? Allah sedihnya,” komen individu lain.

Rabu lalu Kosmo! melaporkan, tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi parah akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu seorang wanita.

Sewaktu kejadian, mangsa yang maut iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal, bersama seorang lagi yang parah, Mohd. Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20, menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.

Difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke kampus sebaik makan malam bersama. – KOSMO! ONLINE

@adib.ck Selamat Jalan Sahabat, Muhammad Akmal bin Tukirin. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku & sentiasa hiburkan kami. Gambar terakhir merupakan permintaan terakhir kau semasa aku menunaikan umrah pada bulan lepas. Jumpa disana Sahabat🤍 #uitmdungun #alfatihah ♬ Tentang Dia – Melly Goeslaw & Evan Sanders

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI