fbpx

[VIDEO] Menggelupur cabut ‘tinted’ nampak geng JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri kelam-kabut menanggalkan 'tinted' sewaktu mahu melalui 'roadblock' JPJ.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri kelam-kabut menanggalkan pelekat cermin kereta gelap (tinted) yang didakwa tidak mengikut standard yang ditetapkan selepas ternampak anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan raya bagi tujuan pemeriksaan.

Video pasangan suami isteri itu tular di TikTok, bahkan ramai terhibur dengan tindakan mereka yang dilihat sedang berusaha menanggalkan ‘tinted’ berkenaan.

“Menggelupur laki bini cabut ‘tinted’. Tengok dulu kereta tiga, empat ‘biji’ depan kena ke tak. Agak-agak memang kena, terus cabut,” menurut kapsyen pada video yang dimuat naik si isteri.

Wanita itu turut memaklumkan, pelekat cermin kereta gelap yang dipasang itu hanya berharga RM30.

“Tinted saya RM30 je dan dah lama, tapi tak cabut-cabut. Alang-alang nampak JPJ tu, cabut je lah,” ujarnya.

Malah, ada yang mencadangkan supaya mereka tidak mencabut ‘tinted’ itu, sebaliknya menurunkan cermin kereta sewaktu melalui pemeriksaan JPJ.

“Tak jadi buat gitu. Kereta depan kena naikkan tingkap dan saman,” jawab wanita tersebut.

Dalam pada itu, ramai pengguna TikTok berkongsi pengalaman berkaitan ‘tinted’ tatkala melalui pemeriksaan ‘roadblock’ JPJ.

“Aku macam ini dulu, ingat ‘roadblock’. Cabut lah ‘tinted’, rupanya orang baiki jalan, kereta bersusun rupanya rosak,” komen seorang pengguna TikTok.

“JPJ ini lain macam aura dia. Kalau polis, boleh ajak borak,” komen pengguna lain.

“Paling sakit hati bila kita cabut semua tu, sampai sahaja kat ‘roadblock’ dia orang suruh jalan sahaja,” kata individu lain.

“Pernah dulu naik kereta pak cik saudara, menggelupur mat… sumpah,” komen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@nurulnadiraadalimenggelupur laki bini cabut tinted 🤣 tgk dulu kereta 3 4 bijik depan kena ke tak , agak2 memang kena , terus cabut 😆

♬ The Final Countdown – Europe

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI