fbpx

[VIDEO] ‘Dah bebas nanti, saya mahu kembara ke Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis dari Gaza, Palestin memasang impian mengembara ke Malaysia selepas rakyat di negaranya bebas kelak.

PETALING JAYA – Seorang gadis dari Gaza, Palestin mengimpikan mahu bercuti dan mengembara ke Malaysia apabila negaranya berjaya menikmati kebebasan suatu hari kelak.

Menerusi video dimuat naik pada Instagram Nour’s Vision, gadis itu melukis beberapa negara yang ingin dilawatinya kelak dan salah satunya ialah Malaysia.

Berdasarkan pada muka surat terakhir pasportnya, dia melakarkan gambar Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur iaitu lokasi tarikan di negara ini yang sering menjadi kunjungan pelancong.

Negara lain yang turut diimpikan gadis tersebut ialah Turkiye, Perancis, Lebanon, Sepanyol, Jerman, Amerika Syarikat, Dubai, Itali, Jepun dan Jordan.

“Saya berharap untuk mengembara, tapi perang masih berterusan,” katanya ringkas pada video tersebut.

Ia kemudian tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas termasuk rakyat Malaysia yang mendoakan gadis itu boleh menggembara ke negara ini suatu hari nanti.

“Aww dia nak ke sini (Malaysia) wehh. Saya hantar pelukan ‘virtual’,” kata seorang pengguna TikTok.

“Sedihnya tengok muka surat akhir tu (lakaran Menara Berkembar Petronas),” komen individu lain.

“Terima kasih kerana memilih Malaysia,” ujar yang lain. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nour’s Vision (@noursvision2024)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI