fbpx

Terengganu akhiri kemarau, juara Piala Tun Abdul Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERENGGANU mengesahkan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak 2024 dengan kemenangan 2-1 ke atas Johor pada aksi final di Stadium Hoki Taman Daya sebentar tadi.

JOHOR BAHRU – Skuad hoki lelaki Terengganu mencipta sejarah apabila berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selama lapan tahun selepas merangkul Piala Tun Abdul Razak 2024 sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas Terenggany mengatasi Johor dengan kemenangan tipis 2-1 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Taman Daya, Johor Bahru.

Terengganu yang kali terakhir memenangi kejuaraan pada 2016, mempamerkan aksi luar biasa dengan memberikan tentangan sengit kepada tuan rumah apabila perlawanan berlangsung penuh intensiti dengan kedua-dua pasukan berjuang hingga ke penghujung masa.

Johor terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Muhammad Faris Ros Fadillah pada minit ke-26 menerusi gol padang yang menggegarkan penyokong tuan rumah sekali gus memaksa Terengganu bekerja keras untuk mencari ruang dalam permainan.

Bagaimanapun, pada suku masa ketiga, Muhammad Adam Haiqal menjadi penyelamat apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 dengan gerakan gol padang sebelum tujuh minit kemudian, Nik Muhammad Aiman memastikan kemenangan mutlak buat Terengganu dengan gol kemenangan pada minit ke-43.

Lebih manis, penyerang utama Terengganu, Faizal Saari turut menggondol anugerah penjaring terbanyak kejohanan dengan 19 gol, sekali gus membuktikan ketajamannya di atas padang menjadi nadi penting buat pasukannya sepanjang kejohanan.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga yang berlangsung lebih awal, Pahang mempamerkan dominasi dengan menundukkan Perak 5-1, sekali gus sekadar berpuas hati menamatkan kempen di tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI