fbpx

Taufan Milton mirip tengkorak manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej Taufan Milton (kanan) dan Taufan Matthew yang berbentuk tengkorak. - Foto X

MIAMI, Florida   – Imej satelit menunjukkan Taufan Milton mempunyai bentuk seperti tengkorak manusia sebelum ‘mara’ ke negeri Florida di Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ahli meteorologi kanan saluran televisyen berbayar, The Weather Channel, Stu Ostro berkongsi foto  menakutkan itu di platform X, Rabu lepas.

Imej Taufan Milton terpapar bersebelahan gambar Taufan Matthew yang kelihatan serupa pada 2016.

Ribut itu kelihatan merenung ke belakang, seolah-olah memberikan senyuman menakutkan ketika ia menukar arah dari  Teluk Mexico menuju ke Florida.

Seorang pengguna laman X dari negeri  Alabama berkongsi video radar satelit menunjukkan  Taufan Milton berubah menjadi bentuk jahat.

“Kami melihat tengkorak (bentuk). Ini adalah visual yang mengerikan. Video ini menyebabkan saya menggigil,” katanya.

Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dan berjuta-juta penduduk berada dalam kegelapan selepas bekalan elektrik terputus akibat Taufan Milton setakat Khamis lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI