fbpx

Saya ‘tergelincir’ dari dunia politik, tapi ia memberi tempat berteduh – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika menerima Anugerah Penyampai Radio Paling Popular semalam.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kejayaan merangkul Anugerah Penyampaian Radio Paling Popular semalam sebagai satu rezeki meskipun ‘tergelincir’ dari dunia politik.

Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ berkata, dunia asalnya adalah politik manakala dunia hiburan dan media agak asing bagi dirinya.

“Dunia hiburan ini bukan dunia saya. Saya datang dari dunia politik. Tetapi saya tergelincir dari dunia asal saya dan dibuang (mungkin seketika, mungkin lama).

“Dunia hiburan dan media yang agak asing bagi saya telah menawarkan tempat untuk saya berteduh,”katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

KJ menjelaskan pembabitannya dalam dunia hiburan itu bermula sebagai troll atau prank, tetapi @hotfm976 memberi peluang kepadanya ke udara melalui radio.

“They took a chance on me (Mereka telah membuka peluang kepada saya. Terima kasih kepada mereka, terutama Nazri, Jake, Aaron dan Shah.

“Saya ditemukan dengan sosok-sosok radio yang hebat: AG, Fara dan Johan. Mereka mengajar saya selok belok industri baharu. It’s never too late to learn something new (belum terlambat untuk saya belajar sesuatu yang baharu).

“Even for an old guy like me! (Meskipun bagi orang tua seperti saya).Tidak lupa kepada semua yang behind the scenes (disebalik tabir): Krel, Ijal, Faz, Fasya, Pop, Firul, Arabelle and team. Kemenangan ini milik anda semua.

Pada hantaran sama, KJ berkata kalau satu pintu rezeki tertutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu.

“Sepertimana saya sebut semalam dalam ucapan saya, “Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu, never give up! (jangan putus asa).

“Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah. Do your best (buat yang terbaik) Allah will do the rest (Allah akan permudahkan semuanya. Do what you can (buat apa yang anda mampu), Allah will do what you can’t. (Allah akan bantu apa yang kamu tak mampu).

“Trust in His plan (Percayalah pada perancangan Allah,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI