fbpx

Sambutan hari jadi terakhir arwah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Mohamad Asyraf (duduk empat dari kiri) tidak dapat menahan sebak kerana kehilangan isteri tercinta ketika pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampar hari ini.

KAMPAR – Suami mangsa kemalangan yang maut dalam nahas di Gopeng dekat sini pagi tadi tidak menyangka sambutan penuh kegembiraan hari jadi arwah isterinya merupakan kali yang terakhir semalam.

Menurut Syed Mohamad Asyraf Syed Shamsuddin, 24, sambutan hari jadi arwah isterinya, Allahyarham Suhaili Abdul Razak, 28, itu menjelang setahun mereka membina rumah tangga.

“Malam tadi (semalam) kami berseronok, berbual-bual mesra dan bermanja-manja. Saya hadiahkan sayang (panggilan untuk arwah isteri) dua helai tudung, ” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Kampar di sini.

Arwah isterinya selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.45 petang tadi selepas lebih 100 orang menyertai solat jenazah Allahyarham di Surau As-Solihin, Kampung Tersusun Batu Putih.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita maut manakala suaminya cedera dalam nahas melibatkan sebuah lori ais dan treler di Kilometer (KM) 20.3, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Stesen Petronas Kampung Kepayang di Gopeng kira-kira pukul 5.40 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI