fbpx

Pikap terbalik, penyeludup lari tinggalkan 628kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PACUAN empat roda yang terbalik ketika cuba menyeludup keluar daun ketum di sempadan Malaysia - Thailand di Padang Terap, semalam.

KUALA NERANG – Sekumpulan penyeludup bertempiaran lari selepas kenderaan pacuan empat roda membawa 628 kilogram (kg) daun ketum terbalik ketika dikejar pasukan tentera di sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, sebuah motosikal yang mengiringi trak pikap jenis Toyota Hilux turut terbalik disebabkan hilang kawalan.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, beberapa suspek bertindak melarikan diri selepas dikejar pasukan operasi di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

“Pasukan operasi berjaya mengesan strak pikap yang diiringi beberapa motosikal dalam keadaan mencurigakan melalui laluan di sempadan Malaysia.

“Pasukan operasi mengejar kesemua kenderaan itu dan mendapati sebuah trak pikap dan motosikal terbalik dipercayai hilang kawalan manakala suspek pula melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan terhadap kenderaan dan motosikal itu menemukan sembilan guni putih dan 33 plastik hitam yang berisi daun ketum seberat 628kg bernilai RM18,840.

“Semua daun ketum itu dipercayai cuba dibawa keluar dari Malaysia ke Thailand melalui laluan tidak sah. Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Nerang dan kesemua barangan rampasan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan daun ketum, trak pikap dan motosikal Honda Wave 110i dianggarkan sebanyak RM81,340,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI