KOTA BHARU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan pembinaan pembinaan fasiliti sukan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan berjalan lancar.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, KBS sentiasa membuat pemantauan bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan projek berkenaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).
“rPojek pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh yang menelan belanja RM180 juta kini sudah mencapai 25 peratus begitu juga dengan stadium di situ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Adam Adli memberitahu, kemudahan itu membolehkan rakyat dapat menikmati fasiliti sukan lebih baik berbanding sebelum ini.
Katanya, ia juga boleh menjadi pemangkin semangat buat atlet Kelantan untuk mencipta nama pada masa akan datang.
“Selain daripada fokus terhadap pembangunan sukan teras, KBS turut memberikan perhatian kepada aspek pembangunan bakat dalam pelbagai sukan lain yang sedang berkembang, misalnya sukan berkuda.
“Difahamkan Kelantan sendiri mempunyai ramai bakat luar biasa dalam sukan berkuda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE