fbpx

Pelajar ziarah kubur ‘makcik kantin’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelajar lelaki beramai-ramai menziarahi kubur dan mendoakan jenazah. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Indonesia yang menziarahi kubur seorang wanita atau ‘makcik kantin’ mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkshitt menunjukkan pelajar lelaki itu beramai-ramai menziarahi kubur dan mendoakan jenazah.

Mereka juga menghiasi kubur dengan hirisan daun dan bunga berwarna-warni. 

Bukan itu sahaja, mereka turut mengumpulkan ucapan yang menyayat hati dan menampalnya pada dinding kantin sekolah. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Perbuatan yang sederhana tetapi tidak mampu dilakukan ramai orang,” komen seorang netizen. 

“Jangan lupa langsaikan hutang jika ada ‘terambil’ makanan,” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI