fbpx

MBMB diarah kesan pemilik bangunan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rais Yasin mengadakan sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke kawasan bangunan runtuh di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir, Melaka.- Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk mengenal pasti pemilik bangunan runtuh hingga menyebabkan seorang buruh warga asing maut, manakala dua rakan sekerjanya cedera dalam kejadian di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir, petang semalam.

Pengerusi Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, sejak kejadian tersebut berlaku,
pemilik bangunan terbabit masih belum dikenali serta tampil memberi penjelasan atas insiden yang berlaku.

Kata beliau, maklumat awal mendapati bangunan tiga tingkat itu dibina secara haram kerana tidak ada sebarang permohonan dikemukakan kepada MBMB dan pihaknya berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesan pemilik sebenar bangunan itu

“Kita juga dapati kontraktor mahupun pemilik bangunan sudah melanggar segala prosedur operasi standard (SOP) tanpa mendapat sebarang kebenaran kerana tidak ada papan tanda terdapat di sini,” katanya selepas membuat lawatan mengejut di tempat kejadian di sini hari ini.

Rais berkata, syarikat terbabit dilarang memulakan dan meneruskan kerja pembinaan selagi pemiliknya tidak tampil untuk memberi keterangan atas insiden yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI