fbpx

Mayat terapung di Sungai Merotai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Merotai, Tawau petang semalam.

TAWAU – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Merotai petang semalam.

Mayat Tikung Anak Guma, 71, ditemui oleh orang awam sebelum bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat terbabit.

“Setakat ini tidak disyaki terbabit sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.43 petang daripada pihak polis untuk membantu mengangkat mayat tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mengangkat mayat mangsa menggunakan tali dan strecher.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI