fbpx

Longkang tidak bertuan akan dikenal pasti segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fauzi ( lima dari kiri barisan belakang ) bersama penerima insentif Sukma 2024 di Pusat Konvensyen MBSA di sini.

SHAH ALAM – Kesemua longkang tidak bertuan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan segera dikenal pasti sebelum pelaksanaan tindakan penyelenggaraan.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim, ia memerlukan penyelarasan antara MBSA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terutama dalam menghadapi musim tengkujuh.

“Isu ini sememangnya sudah dibangkitkan peringkat negeri dan sedang diatasi oleh JPS. Difahamkan, sudah ada peruntukan untuk menyelenggara parit tanah tersebut dari kerajaan negeri dan dijalankan secara berfasa.

“Justeru MBSA dan JPS akan segera menyelesaikan isu siapa yang perlu bertanggungjawab menyelenggara parit atau longkang tidak bertuan yang berada di dalam Daerah Petaling (khususnya dibawah MBSA),” katanya selepas menyampaikan insentif kepada pemenang pingat Sukan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen MBSA di sini, malam tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kewujudan longkang atau saliran air tidak ‘bertuan’ sepanjang 600 kilometer (km) dikenal pasti antara punca berlakunya banjir di Selangor.

Kesemua longkang itu dibina pihak tertentu sama ada melibatkan kawasan perumahan, tepi jalan, kampung dan kilang yang kebanyakkannya di sekitar daerah Petaling dan Klang.

Mohd. Fauzi berkata, kes parit tidak bertuan yang menyebabkan banjir kilat di Kampung Jalan Kebun baru-baru ini sebagai contoh memerlukan tindakan penyelarasan bidang kuasa antara kedua pihak.

“MBSA dan JPS akan mengadakan segera mesyuarat penyelarasan kawasan parit tidak bertuan tersebut agar ia tidak menjadi penghalang kepada usaha untuk mengatasi banjir.

“Fokus kita adalah untuk mengatasi punca banjir iaitu menangani semua longkang agar tidak tersumbat dengan sampah dan lalang seperti di dalam longkang tidak bertuan tersebut,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI