fbpx

Lelaki ‘legenda’ ikat rumah elak diterbangkan taufan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah milik Nijem yang diikat di Florida. - Foto Spectrum Bay News 9

MIAMI, Florida – Seorang lelaki yang ‘mengikat’ seluruh rumahnya menjelang ketibaan ribut taufan di negeri Florida menjadi sensasi internet kerana ideanya yang luar biasa, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Penduduk Tampa, Mohammed Nijem menjadi tular selepas saluran berita tempatan, Spectrum Bay News 9 berkongsi imej tersebut di platform X. Gambar itu memaparkan persiapan ‘ekstrem’ yang dilakukan Nijem menjelang ketibaan Taufan Milton.

Nijem mengikat rumahnya dengan menggunakan enam tali besar dan pancang bagi mengelakkan kediaman itu dihanyutkan banjir atau terbang akibat tiupan angin kencang.

Hantaran itu merekodkan lebih 1.8 juta tontonan dan membuatkan ramai pengguna media sosial kagum.

Ada yang berkata, mereka kagum dengan usaha Nijem dan menggelarnya ‘legenda’ kerana ‘berfikir di luar kotak.’

“Semua orang ketawa sekarang tetapi lelaki ini akan menjadi legenda apabila semua rumah lain terapung di jalan raya dan dia duduk di kolam renang ruang tamu baharunya sambil menonton televisyen,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI