fbpx

‘Kerja keras semua, ada Fattah untuk dihalalkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN wanita muda memuat naik konten kelakar kononnya mereka perlu kerja keras kerana tahun ini ada misi menghalalkan Fattah Amin.

MINGGU ini media sosial memang hanya dibanjiri dengan kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura.

Berilah cerita lain sekali pun, masih gagal untuk menyainginya.

Bukan sahaja kisah perceraian yang merobek hati ramai peminat mereka tetapi muncul pula cerita lain sehingga membuatkan ramai tidak kering gusi.

Paling lucu apabila Fattah dilabel sebagai duda paling ‘hot’ tahun ini dan ramai wanita berseloroh mahu menghalalkannya!

“Kerja keras semua, ada Fattah untuk dihalalkan,” ini ayat yang paling popular setakat ini.

Kata netizen, saham Fattah meroket ketika ini dan memintanya untuk terus diam tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan memakan diri sendiri kelak.

Bukan itu sahaja, lagu raya turut menjadi siulan ramai ketika ini susulan dakwaan Fazura mengenai Fattah tidak memberi duit raya kepadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI