fbpx

Jumlah mangsa banjir pindah ke PPS berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah seorang penduduk yang mengalami banjir termenung di Kampung Banggol Besi, Pendang. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

 

PETALING JAYA – Seramai 2,680 mangsa banjir ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara setakat pukul 3.30 petang tadi.

Tren aliran mangsa masuk ke PPS pula dilihat semakin menurun berbanding kemuncaknya seramai 2,460 mangsa pada 9 Oktober lalu kepada 500 mangsa pada hari ini.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 796 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima buah negeri.

Di Kedah, sebanyak 17 PPS dibuka membabitkan empat daerah. Seramai 2,352 mangsa terdiri daripada 715 keluarga.

Bagi Perak pula, dua PPS dibuka di satu daerah melibatkan 136 mangsa daripada 40 keluarga.

Sementara itu, Sarawak, Pahang dan Johor masing-masing melibatkan satu PPS satu daerah terlibat.

Mangsa yang terlibat di tiga negeri itu seramai 223 mangsa terdiri daripada 55 mangsa.

Daripada 2,680 mangsa, 944 merupakan lelaki, 1,033 wanita, 631 kanak-kanak dan selebihnya bayi berusia kurang dua tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI