fbpx

Jodoh Rosa bersama skuad futsal Selangor berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSA (kanan) berjaya meledak 12 gol dalam 14 penampilan musim ini, namun Selangor terpaksa melupakan khidmatnya musim depan. - Foto ihsan Selangor Futsal

TONGGAK import skuad futsal Selangor FC, Gabriel Rosa mengesahkan tidak akan mewakili pasukan Gergasi Merah dalam kancah Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim depan.

Sebagai rekod, Rosa yang baru berusia 28 tahun dianggap sebagai penyerang prolifik dalam kancah MPFL selepas mewakili Selangor sejak Jun lepas bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Matheus Vasconcelos.

Bintang import dari Brazil itu tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri bersama skuad Edgar Baldasso apabila meledak 12 gol dalam 14 penampilan dalam tempoh hampir empat bulan.

“Saya ingin mengesahkan perpisahan dengan skuad futsal Selangor dan mengucapkan terima kasih kepada kelab atas semua sokongan yang diberikan selama ini.

“Saya turut menghargai pengorbannn semua barisan kejurulatihan, lembaga pengarah dan rakan sepasukan terutama buat Well Pereira dan jurulatih, Baldasso yang membantu saya sejak hari pertama.

“Secara peribadi, saya anggap ini merupakan empat bulan yang luar biasa dan saya tidak akan mengubah apa-apa. 

“Selamat maju jaya kepada skuad futsal Selangor dan terima kasih,” kata Rosa dalam satu kenyataan di laman Instagram peribadinya semalam.

Rosa berjaya membantu Selangor muncul naib juara MPFL musim ini selain Piala Futsal Malaysia minggu lalu selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI