fbpx

Isteri herdik suami makan nasi Padang bersama kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG isteri menyerbu suaminya yang makan nasi padang bersama kekasih gelapnya. - Foto Instagram

JAKARTA  – Seorang isteri mengherdik suaminya ketika lelaki berkenaan berselera makan nasi padang bersama kekasih gelapnya, lapor portal berita Banjarmasin Post hari ini.

Rakaman video berdurasi 90 saat  entang kejadian itu dimuat naik di platform Instagram dengan menggunakan akaun @Folkshitt.

Video itu disertakan dengan keterangan bahawa si isteri mengherdik suami yang ketika itu begitu asyik dengan kekasih gelapnya.

Ketika kejadian,  kedua-dua mereka sedang makan nasi padang. 

Malah, lelaki berkenaan dan kekasih gelapnya tidak mempedulikan herdikan si isteri  yang meluahkan rasa kesal dan penuh emosi. 

Wanita itu turut berkata, si suami langsung  tidak mempedulikan kehidupannya  dan anak-anak selama tiga minggu. 

Bagaimanapun, tidak diketahui tentang status perhubungan antara si suami dan isterinya selepas kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI